Mulanya yang haq itu haq,
Yang bathil itu bathil.
Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian,
Musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu. Dan kita mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.
Tanggalkanlah baju yang lama,
Janganlah kain yang baru digunakan untuk menampal baju yang lama.
Memang baju yang lama sudah banyak jasanya, dia sudah melakukan tugasnya. Tetapi janganlah masih memakai baju yang lama dengan mengorbankan kain baru untuk menampal baju yang lama itu.
Gantilah baju kalian, tinggalkanlah yang lama gantilah dengan yang baru.
Tiada kemenangan tanpa penderitaan dan perjuangan.
No comments:
Post a Comment