Thursday, January 17, 2013
ISLAM TERAS PERPADUAN - PEDOMAN UNTUK MELAYU-ISLAM
Pedoman daripada Islam, khususnya AL-QURAN dan AS-SUNNAH perlu DITELITI, DIFAHAMI dan DILAKSANAKAN seberapa yang boleh. Contohnya:
Umat Melayu-Islam perlu bermuzakarah apabila berselisih, dan kembali kepada al-Quran, jika mereka beriman. (Perhatian: kembali kepada al-Quran bermaksud sama-sama bersetuju dengan sebarang resolusi yang bakal diputuskan hasil daripada muzakarah bersama, yakni bukan di peringkat pemimpin, tetapi seluruh wakil ummah);
Umat Melayu-Islam perlu percaya dan yakin, bahawa bangsa Melayu adalah ciptaan Allah s.w.t dan bukannya seperti yang didongengkan dalam mitos bangsa, atau penemuan saintifik yang belum kesudahan;
Umat Melayu-Islam perlu percaya dan yakin bahawa mereka telah dianugerahkan (diamanahkan) sebuah wilayah eksklusif, yakni Tanah Melayu, sama seperti Cina dengan benua Chinanya, atau India dengan sub-continentnya India, dan sebagainya;
Umat Melayu-Islam perlu jelas bahawa sungguhpun ada dari kalangan mereka berdarah campuran dari Arab, Cina, atau India, dan sebagainya, namun ini tidak bermakna mereka dari Arab, Cina atau India. Adat resam merekalah yang menentukan percampuran ini diizinkan dan tetap dikira sebagai Melayu. Tatacara Melayu menentukan segalanya;
Umat Melayu-Islam perlu yakin bahawa Islam tidak menyanggahi pertubuhan yang berasaskan kaum atau bangsa, dan tidak semestinya bersifat perkauman seperti golongan Nazi, Ku Klux Klan dan sebagainya, termasuklah yang terkini, kaum Serbia;
Umat Melayu-Islam perlu memahami panduan asasi Islam tentang saling berkenalan dan menghormati antara kaum yang berbeza-beza, supaya tidak melampaui garisan ini sehingga menyerahkan tanah air, kuasa, ketua kepada kaum asing tanpa pengawasan yang sewajarnya;
Umat Melayu-Islam perlu mencontohi kaum Ansar yang mengenali dan menghormati golongan pendatang – Muhajirin, yang terdiri dari pelbagai kaum etnik Arab - yang seagama, dan sama-sama bersatu bila berhubungan atau berkomunikasi dengan kaum lain, yang juga penduduk setempat tetapi tidak seagama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment